Effa sentiasa menerima gangguan halus termasuk bola-bola api yang dihantar kepadanya setiap malam.
“Perempuan itu juga ingin mengguna-guna saya tapi tidak kena karena setiap malam saya solat tahajud dan solat hajat. Bola-bola api kecil terbang keliling rumah.
Dua minggu selepas itu, suami balik sendiri dan dia seperti sudah normal lagi.
Dia ajak saya jumpa perempuan tu untuk selesaikan masalah depan saya, dia ceraikan perempuan tu dan mengaku tak sadar sudah menikah dengan perempuan itu,” tambah Effa.
Effa mengaku terkejut dengan tindakan spontan suaminya, dia kemudian menyatakan keinginan untuk membawa pulang lelaki itu karena talak telah dijatuhkan.
Beranggapan kehidupan keluarganya kembali normal, Effa dikejutkan sekali lagi dengan dugaan sihir.
“Tiga bulan lepas itu jadi lagi. Suami saya gelisah dan dia bilang badan saya bau busuk tanah liat dan muka macam nenek. Tanpa menunggu lama, saya pisah tempat tidur dan buat solat hajat.
Syukur Alhamdulillah semuanya kembali pulih,” katanya yang sudah 18 tahun hidup bersama dengan suaminya.
Tambah Effa, ujian yang dialami itu berlaku ketika dia sedang hamil anak keempat, kini anaknya berusia dua tahun.
Malah katanya, hasrat untuk mencari suaminya dilakukan selepas dia kerap bermimpi kehadiran lelaki itu bersama perempuan yang kelihatan seperti bayang hitam dengan wajah menakutkan.
Kini rumah tangga Effa harmonis, adem-ayem.